Followers

October 15, 2011

Pernahkah anda melihat mereka tidur?


Saya terima satu pesanan atau mesej dari akaun FRIENDSTER saya tempoh hari. Jenis pesanan yang di forwardkan dari rakan-rakan saya. Biasanya saya akan baca sekali imbas jenis pesanan yang diforwardkan dan kemudian saya DELETE. Tetapi pesanan ini berbeza dari yang biasa, ditulis dalam bahasa melayu, bermula dengan satu soalan yang ringkas yang menarik perhatian saya. Secara kasarnya, petikan soalan itu berbunyi begini:

Pernah kan anda memerhatikan ibu bapa anda sewaktu mereka tidur? Tubuh badan bapa anda yang sebelum ini berisi dan kuat, kini kulitnya kering, lesu dan lemah. Rambutnya yang dulu lebat, hitam kini diganti uban dan semakin jarang, sehingga kelihatan kulit kepala dan kedut di wajahnya yang dimamah usia.. Lelaki yang bergelar bapa ini dulunya bekerja kuat sepanjang hari dan sanggup berkorban apa sahaja untuk memastikan kehidupan keluarganya dapat  dipenuhi serta memastikan anak-anaknya mendapat didikan yang sebaik boleh. Atau bagimana pula dengan ibu anda yang mana satu ketika dulu tangan nya yang lembut membelai dengan penuh kasih sayang diri kita sewaktu masih bayi? Kini, tangan itu mulai kekeringan dan kasar, menanggung beban dan cabaran yang terpaksa di galas dalam menjaga kita selaku anak-anak sewaktu masih bayi hingga ke alam remaja. Wanita yang bergelar ibu ini menjaga kehendak dan keperluan harian kita sebagai anak mereka, terus-menerus berleter dan memarahi kita kerana mereka sayangkan kita, Tetapi alangkah sedihnya, kita selalu tersalah tafsir bentuk kasih saying yang diberikan itu sebagai satu kawalan dan ketidak adilan! .  Saya tidak pernah memerhatikan ibu bapa saya sewaktu tidur. Cuma pernah melihat anak saudara saya yang masih kecil dan comel serta wangi baunya. Tapi memerhatikan ibu bapa saya? Tidak sama sekali.
Tetapi, selepas membaca pesanan tersebut, saya sedar bahawa segala yang diperkatakan dalam pesanan itu adalah benar-benar belaka. Malahan, ibu bapa saya sukar tidur kerana memikirkan anak-anaknya dan terlupa yang diri mereka semakin tua dan berumur.

Cukuplah sekadar melihat gaya jalan ibuku, aku tau yang kakinya sudah tidak kuat lagi untuk berjalan seperti sebelumnya.  Atau mendengar dia memanggilku membantunya untuk mengalihkan pasu bunga di laman depan rumah kami. Pasu bunga yang satu ketika dulu dia mampu mengangkat dan mengalihkannya tanpa bantuan anak-anaknya. Atau melihat bapaku mengangkat 10 kilo beras. Saya sendiri begitu mudah untuk mengangkatnya sekarang. Saya sudah remaja kini. Tapi bagi dia, itu semua kini menjadi begitu beban buat dirinya. Apa yang saya dapat dari pemerhatian ini semua? Ya, ibu bapa ku sudah semakin tua. Mereka kian berumur dan semakin tua, tetapi aku semakin dewasa dan kuat tubuh badan untuk melakukan perkara yang sebelum ini dilakukan oleh ibu bapa ku. Semakin aku dewasa semakin mereka tua. Selama ini mereka yang menjaga diriku. DAlam masa yang sama, aku tau, kini sudah sampai masanya aku membalas jasa dan budi mereka. Aku harus membalas segala jasa mereka. Mau atau tidak, ini lah kehidupan. Aku selalu memikirkan yang ibu bapa ku akan kekal selamanya hidup bersama ku, di samping ku selalu dan berharap mereka tidak pernah tua. Mesej yang aku dapat dari pemerhatian aku ini ialah, mereka adalah manusia biasa yang tidak akan kekal lama dan pasti meninggalkan ala mini satu hari nanti. Tetapi sebelum sampai ketika itu, aku akan guna kan masa yang ada untuk bersama dengannya selalu dan menjaganya. Apa pun, kini aku telah forwardkan mesej ini buat anda semua dan buat teman-teman saya yang lain yang di luar sana. 

No comments:

Post a Comment