Followers

December 29, 2011

PERHATIAN !!!

PERHATIAN !!!
Cuba anda lihat PERKATAAN yg ada pada minuman berjenama terkenal ini...lihatlah, betapa liciknya ORANG KAFIR memeperdayakan umat Islam dgn menjual minuman begini kpd umat Islam...
Saranan saya kepada seluruh umat Islam di dunia ini agar tidak membeli apa2 produk berjenama ini...
Tolong sebarkan hal ini kepada saudara se-Muslim kalian yg lain...kerana Ini juga sebahagian daripada JIHAD
Jika sekiranya kalian ingin mengumpul saham akhirat, sampaikanlah ilmu ini kpd sahabat2 yg lain. Sepertimana sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam :
"Sampaikanlah pesananku walaupun satu ayat."
Sesungguhnya mati seseorang anak Adam itu, hanya tiga perkara yang akan dibawanya bersama :
1. sedekahnya
2. doa anak2 nya yg soleh
3. Ilmu yg bermanfaat dan disampaikan kepada orang lain
Wallahua'lam

Satu kisah benar

Satu kisah benar yang menarik dan berguna untuk renungan kita bersama. Kisah ini diceritakan oleh Ustaz Shamsuri dalam salah satu siri-siri ceramah beliau mengenai kebajikan anak-anak yang soleh kepada ibu mereka yang telah meninggal dunia. Mungkin ada yang telah mendengarnya dan sama-samalah kita renungkan sejauh mana kebaktian kita kepada kedua-dua ibubapa kita.

Kisah menarik ini adalah tentang diri Ustaz Harun Din dan adik-beradik beliau. Memang telah diketahui umum, bahawa Ustaz Harun Din dan adik-beradik beliau mempunyai pegangan dan ilmu agama yang tinggi hasil didikan ibubapa mereka yang telah berjaya mencernakan roh Islam ke dalam diri anak-anak mereka hingga menjadi alim ulama, tempat rujukan umat Islam di negara ini, malah di tempat lain juga.

Diceritakan bahawa, ibu Ustaz Harun telah meninggal dunia semasa dalam solat Asar. Sebelum kematian ibu beliau, pada kebiasannya, ibu beliau akan bersembang-sembang dengan jiran-jiran. Para jiran tertanya-tanya ke manakah gerangan si ibu itu, kalau dikatakan pergi ke rumah anak-anak, tidak pula.

Setelah agak lama dengan ketiadaan si ibu itu, lalu jiran mensyaki sesuatu telah berlaku terhadap ibu Ustaz Harun. Mereka kemudian menjenguk ke dalam rumah sambil memberi salam, tetapi tiada jawapan. Mereka kemudian memberanikan diri untuk masuk ke dalam rumah dan alangkah terperanjat para jiran itu apabila mendapati ibu Ustaz Harun Din dan kawannya telah pun meninggal dunia semasa dalam solat Asar.

Mereka terus menghubungi anak-anak allahyarhamah. Pada kebiasaannya, apabila berlaku satu-satu kematian, di mana-mana pun akan kita dapati jenazah itu diuruskan oleh orang-orang kampung atau jamaah masjid, jenazah lelaki, oleh jamaah lelaki, manakala jenazah perempuan oleh jamaah perempuan. Tetapi berlainan pula dengan jenazah ibu Ustaz Harun Din ini.

Beliau sendiri beserta dengan adik beradik beliau (Ustaz Abu Hassan Din dan Ustaz Ishak Din) menguruskan jenazah ibu mereka.Dengan penuh belaian kasih sayang dan penuh hormat mereka memandikan ibu mereka, mengkafankan, serta menunaikan solat jenazah yang diimamkan sendiri oleh Ustaz Harun Din.

Walaupun diminta oleh orang-orang kampung untuk melaksanakan urusan jenazah tersebut, Ustaz Harun dan adik beradik mereka dengan penuh sopan mengatakan kepada orang-orang kampung bahawa ini adalah ibu mereka yang telah berjasa melahirkan, memberi makan minum serta mendidik mereka sehingga menjadi anak-anak yang berguna. Oleh itu, sebagai penghormatan yang terakhir dan tanda kasih sayang anak-anak terhadap ibu mereka, biarlah mereka sendiri yang menguruskan jenazah ibu mereka itu.

Maka ramailah orang-orang kampung yang mengalirkan airmata mereka, mengenangkan tentang kebaikan dan kesolehan anak-anak hasil didikan tangan si ibu yang berjaya mendidik anak-anak dengan cahaya iman. Sehinggalah ke saat pengkebumian jenazah, urusan ini ditangani sendiri oleh Ustaz Harun adik beradik.

Sungguh menarik dan mengharukan kisah ini. Tanyalah diri kita sendiri. Bagi yang masih mempunyai ibu dan bapa, bagaimana nanti peranan kita semasa jasad ibubapa kita terbujur kaku. Adakah kita juga ingin menghulurkan bakti zahir yang terakhir sebagai tandah hormat kita kepada kedua-dua ibu bapa kita?

Ataukah kita hanya menyerahkan bulat-bulat urusan itu kepada orang-orang kampung atau jamaah masjid untuk menguruskan jenazah mereka, tanpa ingin mengambil peluang terakhir untuk berbakti. Inilah bakti zahir yang terakhir yang dapat kita lakukan, disamping doa dan amalan-amalan baik kita yang kita hadiahkan kepada ibubapa kita.

Bagaimana pula peranan kita sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak kita yang sedang membesar? Bagi yang telah bergelar ayah/papa/bapa dan ibu/mama/emak dan sebagainya, bagaimana nanti agaknya perlakuan anak-anak kita setelah jasad kita pula terbujur kaku, menanti waktu untuk diuruskan pengkebumian?

Adakah anak-anak kita akan berebut-rebut untuk menguruskan, atau bertempiaran lari kerana takut atau hina memandang jenazah kita yang telah kaku? Sama-samalah kita renungkan ke arah mana diri kita sebagai anak dan juga sebagai ibu dan bapa kepada anak-anak yang sedang memerlukan didikan agama dari kita. Kita berilah didikan agama yang sebaiknya kepada anak-anak kita agar menjadi orang-orang yang beriman dan berguna kepada agama, bangsa dan negara, seperti contoh yang telah dipertuturkan di atas tadi.

December 27, 2011

TAHUKAH KAMU.....


Doa duduk antara Sujud yang kita selalu baca laju2..
tahukah maksudnya??
Rabbighfirli (Tuhanku, ampuni aku)
Warhamni (sayangi aku)
Wajburnii (Tutuplah aib-aibku)
Warfa’nii (Angkatlah darjatku)
Warzuqnii (Berilah aku rezeki)
Wahdinii (Berilah aku petunjuk)
Wa’Aafinii (Sihatkan aku)
Wa’fuannii (Maafkan aku)


Sebarkan dengan menekan perkataan "SHARE" Kepada rakan rakan yang lain.:) Mudah mudahan diberkati dan dikurniakan Pahala oleh Allah s.w.t
INSYAALLAH :)

December 24, 2011

TENTANG NIKAH..



Bismillahirrahmaanirahiim....

Dengan kerendahan hati mari kita semak pesan2 Al-qur’an tentang tujuan hidup yang sebenarnya Nasehat ini untuk semuanya ………..
Untuk mereka yang sudah memiliki arah………
Untuk mereka yang belum memiliki arah………
dan untuk mereka yang tidak memiliki arah.
nasehat ini untuk semuanya…….
Semua yang menginginkan kebaikan.

Saudaraku………….
Nikah itu ibadah…….
Nikah itu suci,ingat itu……
Memang nikah itu boleh kerana harta, boleh kerana kecantikan, boleh
kerana keturunan dan boleh juga kerana agama.
Jangan engkau jadikan harta, ketutunan maupun kecantikan sebagai
alasan…………
karena semua itu akan menyebabkan celaka.
Jadikan agama sebagai alasan……..
Engkau akan mendapatkan kebahagiaan.

Saudaraku……….
Tidak dimungkiri bahwa keluarga terbentuk kerana cinta……..
Namun……jika cinta engkau jadikan sebagai landasan, maka keluargamu
akan rapuh, akan mudah hancur.
Jadikanlah ” ALLAH ” sebagai landasan……
Niscaya engkau akan selamat
Tidak saja dunia, tapi juga akherat…….
Jadikanlah ridha Allah sebagai tujuan……
Nescaya mawaddah, sakinah dan rahmah akan tercapai.

Saudaraku………..
Jangan engkau menginginkan menjadi raja dalam “istanamu”……
disambut istri ketika datang dan dituruti segala keperluan…….
Jika ini kau lakukan ” istanamu ” tidak akan bertahan…..
Lihatlah manusia teragung Rasulullah saw…. tidak marah ketika harus tidur di depan pintu, beralaskan serban, kerana istri tercinta tidak mendengar kedatangannya.
Tetap tersenyum walaupun tidak mendapatkan makanan tersaji dihadapannya ketika lapar……..
Menjahit bajunya yang koyak……..

Saudaraku………
Jangan engkau menginginkan menjadi ratu dalam “istanamu “……..
Disayang, dimanja dan dilayani suami……
Terpenuhi apa yang menjadi keinginanmu……..
Jika itu engkau lakukan ” istanamu ” akan menjadi neraka bagimu

Saudaraku…………
Jangan engkau terlalu cinta kepada istrimu………
Jangan engkau terlalu menuruti istrimu……
Jika itu engaku lakukan akan celaka….
Engaku tidak akan dapat melihat yang hitam dan yang putih, tidak akan dapat melihat yang benar dan yang salah…..
Lihatlah bagaimana Allah menegur ” Nabi “-mu tatkala mengharamkan apa yang Allah halalkan hanya karena menuruti kemauan istri.
Tegaslah terhadap istrimu……………..
Dengan cintamu, ajaklah dia taat kepada Allah…….
Jangan biarkan dia dengan kehendaknya……..
Lihatlah bagaimana istri nabi Nuh dan nabi Luth………..
Di bawah bimbingan manusia pilihan, justru mereka menjadi penentang…..
Istrimu boleh menjadi musuhmu………..
Didiklah istrimu……..
Jadikanlah dia sebagai Hajar, wanita utama yang redha terhadap tugas
suami, Ibrahim.
Jadikan dia sebagai Maryam, wanita utama yang sangat menjaga kehormatannya……
Jadikan dia sebagai Khadijah, wanita utama yang mendampingi suaminya Rasulullah saw menerima tugas risalah…..
Istrimu adalah tanggung jawabmu….
Jangan kau larang mereka taat kepada Allah…..
Biarkan mereka menjadi wanita solehah….
Biarkan mereka menjadi Hajar atau Maryam……..
Jangan kau belenggu mereka dengan egomu…

Saudaraku…….
Jika engkau menjadi istri………
Jangan engkau paksa suamimu menurutimu……
Jangan engkau paksa suamimu melanggar perintah Allah……
siapkan dirimu untuk menjadi Hajar, yang setia terhadap tugas suami…..
Siapkan dirimu untuk menjadi Maryam, yang boleh menjaga kehormatannya….
Siapkan dirimu untuk menjadi Khadijah, yang boleh mendampingi suami menjalankan misi.
Jangan kau usik suamimu dengan rengekanmu….
Jangan kau usik suamimu dengan tangismu….
Jika itu kau lakukan…..
Kecintaannya terhadapmu akan memaksanya menjadi
pendurhaka…………….jangan……….

Saudaraku……..
Jika engaku menjadi Bapa……
Jadilah bapa yang bijak seperti Lukmanul Hakim
Jadilah bapa yang tegas seperti Ibrahim
Jadilah bapa yang kasih seperti Rasulullah saw
Ajaklah anak-anakmu mengenal Allah……….
Ajaklah mereka taat kepada Allah…….
Jadikan dia sebagai Yusuf yang berbakti…….
Jadikan dia sebagai Ismail yang taat…….
Jangan engkau jadikan mereka sebagai Kan’an yang durhaka.

Mohonlah kepada Allah……….
Mintalah kepada Allah, agar mereka menjadi anak yang shalih…..
Anak yang membawa kebahagiaan.

Saudaraku……..
Jika engkau menjadi ibu….
Jadilah ibu yang bijak, ibu yang teduh….
Bimbinglah anak-anakmu dengan air susumu….
Jadikanlah mereka mujahid………
Jadikanlah mereka tentera-tentera Allah…..
Jangan biarkan mereka bermanja-manja…..
Jangan biarkan mereka bermalas-malas……….
Siapkan mereka untuk menjadi hamba yang shalih….
Hamba yang siap menegakkan Risalah Islam.
AMIN...

December 11, 2011

:: Kelebihan Ayat 1000 Dinar ::

Sesiapa mengamalkan ayat ini InsyaAllah akan:

1. Memperoleh kemurahan rezeki yang tidak disangka-sangka.
2. Mendapat jalan keluar dari segala masalah dan kesulitan.
3. Mendapat perlindungan dari segala musibah dan bala bencana seperti peperangan, kezaliman dan bencana alam.
4. Jika berperang InsyaAllah tidak akan cedera atau binasa kecuali telah sampai ajal.
5. Allah akan menunaikan segala hajat dan memberi kemudahan dalam setiap urusan.

Ayat ini jika diamalkan setiap kali lepas solat sebanyak 3 kali, InsyaAllah akan beroleh seribu faedah. Sesiapa yang beramal ayat ini Allah akan mgadakan baginya jalan keluar dari segala kesulitan, Allah akan memberi rezeki yang banyak dengan tidak di sangka-sangka dan Allah menyampaikan segala hajatnya, dengan beramal bersungguh-sungguh dan yakin kepada Allah, terlindung segala daripada bala di darat dan di laut.
Jika dibacakan kepada orang yang sedang sakit sebanyak 3 kali dan dihembuskan kepada si pesakit itu dan diberi minum, InsyaAllah si pesakit akan sembuh dg Izin Allah.
Jika mengalami masalah berat, seperti kesusahan kerana kezaliman orang-orang tamak, huru-hara dan peperangan yang ditimbulkan oleh musuh-musuh Negara. Beramallah selalu dengan ayat ini selepas solat fardhu, mudah-mudahan segala kesukaran mendapat perlindungan dari Allah.
Hendaklah mengamalkan ayat ini dan bertawakkal kepada Allah SWT.
Baca ayat ini sesudah solat lima waktu,
Baca ketika hendak tidur tiga kali,
Baca ayat ini ketika hendak keluar rumah sekurang-kurangnya tiga kali.


p/s: Sebarkanlah kpd org lain...Sampaikanlah walaupun hanya satu ayat !

December 05, 2011

KALAU BENAR SAYANG JAGALAH SEBAIK MUNGKIN :)



Pada suatu malam di depan panggung wayang :-
Suri : Best tengok wayang dengan awak tadi. Kelakar je cerita tu.Tak bosan kan?
Adi : A’ah, tak bosan. Best!
Suri : Kalau best kenapa awak letakkan kepala awak kat bahu saya dan beritahu saya yang awak mengantuk?
Adi : Errr~ hehe...

Suri : Nasib baik kita pakai sweater kan awak? Kalau tak, mesti sejuk dalam tu tadi.
Adi: A’ah, betul3! Tak delah sejuk sangat tadi bila dah pakai sweater ni.
Suri : Kalau tak sejuk, kenapa awak pegang tangan saya dan beritahu yang awak sejuk?
Adi: Errr~ hehe...

Mereka pun menuju ke i-City...

Suri : Awak, saya cantik tak?
Adi : Awak kan sayang saya. Mestilah cantik.
Suri : Kalau saya ni betul-betul cantik bagi awak, kenapa bila saya pakai baju-baju tertentu baru awak akan puji saya cantik. Kalau saya pakai baju longgar, awak diam je. Kadang-kadang awak akan tanya saya kenapa pakai baju besar. Kalau saya pakai baju ketat, baru awak puji saya cantik. Kenapa ya?
Adi : Errr~ hehe...

Mereka pun tiba di i-City...

Suri : Jom snap pic wak. Saya nak tangkap gambar awak bawah lampu tu.
Adi : Kita tangkap gambar berdua la sayang. Meh sini, duduk sebelah saya. Rapat sikit, nanti tak masuk lak gambar awak.
Suri : Boleh ke rapat-rapat ni?
Adi : Takpe le. Awak kan awek saya.
Suri: Awek ja? Bukan isteri yang sah?
Adi : Errr~ huhu...

Suri : Nanti saya simpan gambar kita ni dalam laptop saya ya wak.
Adi : Alaa... Upload la terus dalam FB.
Suri : Eh...boleh ke?? Tak elok la wak. Gambar tu dah la awak dan saya ja. Yang ke-3 syaitan. Pastu nak pergi heboh 1 dunia tentang dosa yang kita buat. Tak malu ke?
Adi : Errr~ huhu...

Mereka pun pulang...

Suri : Awak, awak sayang saya tak?
Adi : Mestilah sayang. Sayang sangat-sangat tau. Haa.
Suri : Buktinya??
Adi : Eh... Macam ajak bergurau ja. Nak saya kiss pipi awak tu ke sayang? Hehe
Suri : Ish. Apa ni? Teruknya pemikiran awak.
Adi : Eh...Errr~ huhu...

Suri : Mak saya kata, kalau kita sayang sesuatu tu, kita akan jaga sebaik mungkin.
Adi : Eh. Mestilah! Hehe...
Suri : Tapi awak tipu saya!
Adi : Eh. Kenapa lak saya tipu awak??
Suri : Kalau awak sayang saya, mestilah awak jaga saya sebaik mungkin tapi awak tak jaga saya dengan baik pun. Awak sentuh-sentuh saya, pegang tangan saya, cuba nak kiss saya, ajar saya buat benda bukan-bukan yang saya tak pernah buat sebelum ni, selalu ajak saya keluar malam-malam.
Adi : Owh. Sekarang awak nak salahkan saya la ajak awak keluar malam?? Mak ayah awak yang bagi izin tau!

Suri : Memang diorang yang bagi izin tapi awak tau tak yang diorang jugak yang akan tanggung dosa saya dengan awak malam-malam macam ni sebab diorang bagi izin pada saya anak perempuan diorang untuk keluar dengan lelaki bukan mahram tanpa adik atau abang saya sebagai peneman pastu buat benda-benda tak senonoh! Pegang sana, pegang sini. Awak tau tak panggung wayang tu mungkin sejuk bagi awak sampai terpegang tangan saya dengan sengaja, tapi neraka tu teramat panas dan tangan awak yang memegang tangan saya tu akan dibakar dalam api neraka berulang kali. Awak sedar tak semua tu?? Tangkap gambar nak kepit-kepit, padahal boleh ja tangkap gambar sorang-sorang kan. Then, nak heboh kat 1 dunia. Pastu nanti orang 'like', awak pun suka sebab orang tau siapa awek awak dan hubungan awak dan saya kononnya bahagia tapi awak sedar tak yang malaikat sentiasa mencatat segala apa yang kita buat. Awak ada ilmu agama. Kalau takda ilmu agama pun, awak tau benda tu salah. Tapi kenapa masih buat? Awak sedar tak semua tu???

Suri : Ingat Allah SWT tak waktu awak buat semua tu?? Awak tu belum tentu jodoh saya, nak sentuh-sentuh saya. Kalau da awak nak sentuh-sentuh saya, apa yang suami saya boleh dapat special dari saya sebagai isterinya yang sah? Awak nak ke isteri awak dah macam sisa orang? Awak mesti akan cakap awak akan pastikan yang awak akan nikah dengan saya sebab tu awak boleh sentuh-sentuh saya. Tapi awak sedar tak yang awak tu siapa?? Hanya hamba Allah SWT. Awak bukan Tuhan untuk tahu siapa jodoh saya dan jodoh awak. Awak sedar tak semua tu??? Kalau betul awak sayang saya, awak jagalah saya baik-baik, beri sokongan saya jadi muslimah solehah. Dekatkan diri pada Allah SWT, mohon pada Allah SWT supaya izinkan kita dijodohkan bersama kerana saya ni milik Allah SWT. Ibu bapa hanya penjaga saya, mereka menjaga saya dengan penuh kasih sayang dan didikan yang baik sehingga sanggup memberi kepercayaan pada awak untuk menjaga saya tapi awak jaga saya tak?? Awak jaga saya tak?? Tak kan? Awak bawa saya ke arah keburukan. Awak sedar tak semua tu??? Banyak lagi yang awak buat kat saya, saya pun terlalu kurang pandai ikutkan ja kemahuan awak. Nanti kat neraka bila Allah soal saya dengan dosa-dosa maksiat yang kita buat, bukannya awak dapat backup saya depan Allah kan?? Tolonglah tahan diri tu sehingga kita dah sah dinikahkan.

Suasana bertukar menjadi suram. Sehinggalah Adi mula meluah perasaan.

Adi : Kenapa tak dari dulu awak cakap semua benda ni?? Kenapa bila kita dah lalui macam-macam baru awak nak luahkan semua ni???
Suri : Sebab sebelum awak nak couple dengan saya, awak janji yang awak akan jaga saya baik-baik. Awak suka dengan saya pun sebab bagi awak saya baik tapi semakin lama awak makin berubah. Perubahan awak turut merubah diri saya. Baru sekarang saya luah semua benda ni sebab selama ni saya sentiasa menanti agar Adi yang dulu kembali. Adi yang menjaga saya dengan baik. Saya tunggu Adi tu. Tunggu dan terus menunggu kerana saya sayangkan dia. Tapi semakin lama saya tunggu, semakin menjadi-jadi. Awak fikirlah baik-baik apa yang saya sampaikan. Kalau awak masih tak berubah, lepaskan saya kerana Allah SWT.

Adi : .......

Pesanan : Kepada pasangan yang hangat menyulam cinta & kasih sayang, jagalah batas anda! Ingat larangan Allah SWT. Cinta itu indah kerana Allah SWT yang menciptakannya tapi jangan sampai cinta untuk Allah SWT itu dinodai oleh cinta manusia. Menjadi kebiasaan, dalam berkasih ada kesalahan yang akan dilakukan. Seringlah muhasabah diri & beranikan diri untuk mula buat perubahan. Beranikan diri menegur pasangan sebelum Allah SWT menegur dengan pembalasan & azab. Wallahu’alam~